Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Sebar Maklumat Palsu...

KOTA BHARU - Orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai spekulasi...

Rumah Kebajikan Warga Emas...

KUCHING - Mulai sekarang, kerajaan tidak akan lagi menambah jumlah rumah kebajikan untuk...

Lelaki Digilis Kerana Berang...

BERANG dan tidak berpuas hati apabila, pemandu lori membunyikan hon, seorang lelaki cuba...

SKMM Siasat 2 Individu...

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dua individu di Selangor serta Sabah...

Curiga 5 Plastik Hitam Temui 100kg Daun Ketum

LANGKAWI – Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi menggagalkan cubaan menyeludup 100 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM10,000 ke negara jiran awal pagi, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Langkawi, Deputi Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, rampasan dilakukan di Pelantar Tengah Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis, Perlis pada pukul 4.30 pagi.

“Berbekalkan maklumat awam, sepasukan anggota PPM melancarkan Ops Landai dengan membuat pemeriksaan di pelantar terbabit sebelum menemui lima plastik hitam diletakkan dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati dalam plastik terbabit mengandungi tumbuhan hijau disyaki daun ketum yang siap dibungkus,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bagaimanapun anggota PPM gagal mengesan pemilik daun ketum itu selepas menunggu hampir dua jam.

“Daun ketum yang dirampas dianggarkan seberat 100 kg dan bernilai RM10,000 serta dipercayai cuba diseludup menerusi jalan laut ke negara jiran.


“Daun ketum terbabit diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk tindakan lanjut,” katanya.

Rohizan berkata, kejayaan rampasan itu adalah yang kedua dilakukan PPM dalam tempoh seminggu. – myMetro Online

Kategori