Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiga Anggota Polis Didakwa...

ALOR SETAR - Tiga anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari...

Gesa MB Campur Tangan...

IPOH – Seramai 50 petani meminta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu...

Kes SRC: Najib Beri...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Ibu Pejabat...

Majikan Diminta Beri Pelepasan...

TUMPAT - Kerajaan Kelantan meminta majikan pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Curi Besi Perancah, Penganggur Didenda RM1,000

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri empat batang besi perancah bernilai RM100 semalam.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu ke atas Lee Rizam Hasan Lee, 33, kerana mencuri besi milik Syarikat Ken Keong Sdn Bhd di Tapak Pembinaan Lebuh raya Duta Ulu Kelang (DUKE), Manjalara Kepong di sini kira-kira 7.45 pagi semalam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yusha memohon hukuman setimpal bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menjaga ibunya yang sudah tua. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori