Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gesa SPRM Sahkan Dokumen...

PRESIDEN MCA, Wee Ka Siong menggesa SPRM mengesahkan kesahihan dokumen yang didakwa kertas...

Anggota Polis Maut Kereta...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di...

Harimau Malaysia Tunduk 2-0...

KUALA LUMPUR - Dua jaringan separuh masa pertama oleh Tommy Semmy, cukup bagi...

TH Plantations Mulakan Penjualan...

KUALA LUMPUR - TH Plantations Bhd memulakan usaha untuk menjual aset kumpulannya dalam...

Curi Beg Sandang, Juruteknik Pendingin Hawa Dipenjara, Denda

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri sebuah beg sandang di pasar raya, seorang juruteknik pendingin hawa dihukum penjara empat hari dan denda RM650 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Awang Masri Ag Sulaiman, 35, selepas dia mengaku bersalah mencuri sebuah beg sandang berharga RM399.90, milik Pasaraya Aeon di Mid Valley Mega Mall, Brickfields, di sini, tiga hari lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 20 hari sekiranya gagal membayar denda.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pasar raya tersebut pada pukul 6.30 petang, 30 Ogos lalu, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.


Terdahulu ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung empat orang anak yang masih bersekolah, isteri yang baru bersalin dan ibu yang tidak sihat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori