Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Belia Sabah Perlu Manfaat...

KOTA KINABALU - Golongan belia di Sabah perlu memanfaatkan ruang dan peluang disediakan...

Latheefa Tak Sempat Buka...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak kesal kerana Latheefa Koya melepaskan jawatannya...

Mahkamah Tolak Rayuan Utusan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini menolak rayuan Utusan Melayu (Malaysia)...

Kepala Rabak Dibelasah Penyamun...

KOTA TINGGI - Seorang tenaga pengajar sekolah memandu cedera di kepala apabila dipukul dengan...

Cuepacs Minta Kerajaan Kaji Elaun Penjawat Awam Di Luar Negara

ALOR SETAR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mengkaji semula elaun penjawat awam yang bertugas di luar negara.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata pelarasan itu perlu dilakukan dengan segera kerana kejatuhan nilai ringgit negara telah membebankan penjawat awam terlibat untuk menampung kos sara hidup.

Beliau berkata rata-rata mereka turut membawa ahli keluarga dan terpaksa membayar yuran pengajian anak serta pelbagai perkhidmatan lain sepanjang mereka berada di negara luar.

“Kita minta kerajaan kaji semula elaun penjawat awam di luar negara dengan segera. Kerajaan tidak perlu tunggu pembentangan belanjawan negara Okt ini kerana kita tidak mahu penjawat awam tertekan dengan bebanan kewangan.

“Kalau kerajaan negeri Johor dan Terengganu beri suntikan tambahan kepada pelajar tajaan mereka di luar negara disebabkan kos sara hidup meningkat kenapa tidak kerajaan (pusat) berbuat demikian kepada penjawat awam,” katanya ketika ditemui pada Majlis Cuepacs bersama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di sini Isnin.

Azih berkata walaupun harga komoditi dan minyak jatuh, kerajaan masih mempunyai kewangan yang cukup hasil perolehan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk membantu penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara.


Sementara itu, beliau berkata pihaknya berharap kerajaan melaksanakan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,200 sebulan dan menyelesaikan isu 250 skim perkhidmatan awam.

Katanya pelaksanaan tersebut perlu dilakukan dengan segera bagi menyelesaikan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kita harap kerajaan dapat umumkan pada pembentangan belanjawan 2016 pada Okt ini. Kita juga harap kerajaan beri bonus sebanyak tiga bulan kepada penjawat awam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azih berkata pihaknya meminta agar penjawat awam tidak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini.

Katanya perhimpunan seperti itu tidak membantu penjawat awam memperbaiki kehidupan mereka kepada yang lebih baik berbanding sebelum ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori