Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Guru Silat Sempat Belasah...

Seorang lelaki berusia 56 tahun yang berasal dari Bachok, Kelantan dikatakan terselamat dalam...

Dipaksa Tampar Muka Sendiri...

WUXI, China – Sekumpulan pekerja di sebuah salon kecantikan dipaksa menampar muka sendiri...

Rihanna Kecewa Drake Bercinta...

PENYANYI antarabangsa, Rihanna dikatakan tidak senang duduk melihat keintiman bekas kekasihnya, Drake bersama...

PH Jadi Kuda Tunggangan...

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengaku sedia menjadi...

Cuepacs Kena Cari Cara Selesai Isu Rumah Staf Awam

SIBU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini disaran agar mencari mekanisme bagi menyelesaikan masalah perumahan penjawat awam di negara ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr. Annuar Rapa’ee berkata, ini bagi membantu kerajaan menyelesaikan masalah yang membelenggu 900,000 daripada lebih 1.62 juta penjawat awam pada masa ini.

Beliau mencadangkan supaya Cuepacs menguruskan sendiri masalah itu dengan bertindak sebagai badan pelaksana yang tidak bergantung kepada pihak kerajaan.

“Kerajaan mempunyai polisi (berkaitan perumahan penjawat awam) tetapi adalah lebih baik jika Cuepacs menjadi pelaksana projek perumahan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Semasa anjuran Cuepacs Negeri Sarawak di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi Sarawak bagaimanapun berkata, saranan itu bukan bermaksud meminta Cuepacs mengambil alih pembinaan rumah itu daripada pihak swasta tetapi adalah lebih baik jika kongres itu dapat melakukannya untuk mengelak pelbagai masalah.


“Ramai penjawat awam membeli telefon dan kereta dahulu, dan hanya mula membeli rumah ketika usia mereka sudah mencecah 40-an,” katanya.

Katanya, sekiranya mereka membeli rumah pada usia masih muda, mereka akan mempunyai jangka masa bayaran balik pinjaman yang panjang dan jumlah bayaran bulanan yang lebih rendah.

“Tidak mengapa jika rumah itu kecil asalkan mereka mempunyai rumah, mereka boleh membeli rumah yang lebih besar di kemudian hari. Ini lebih baik daripada menyewa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori