Pesawat AirAsia Dilencong Ke Langkawi Kerana Cuaca

Akibat faktor cuaca buruk, pesawat Air Asia AK6012, dari Kuala Lumpur menuju Alor Setar terpaksa membuat lencongan dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL).

Penerbangan tersebut dijangka mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) pada pukul pukul 8.10 pagi. Namun, berikutan faktor cuaca tidak mengizinkan, pesawat itu diterbangkan ke LTAL dan mendarat kira-kira jam 8.25 pagi.

Menurut laporan, pesawat itu kemudiannya diterbangkan semula ke Alor Setar setelah mengisi minyak, dan tiba di LTSAH pada jam 9.40 pagi.

Pengurus LTAL, Abdul Halim Othman mengesahkan kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC