Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Remaja Koma Dilanggar Bot...

SEREMBAN - Remaja yang cedera parah akibat dilanggar bot di pantai Telok Kemang,...

Sederet 10 Pintu Kedai...

TAWAU - Sederet 10 pintu kedai papan dua tingkat di Jalan Dunlop di...

Polis Rekod Keterangan LGE...

GEORGE TOWN - Polis hari ini mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang,...

Gempa Berukuran 7.4 Gegar...

JAKARTA : Gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan pantai selatan wilayah Maluku timur Indonesia...

Cuaca Pagi Diramal Baik Pada Hari Krismas Esok

KUALA LUMPUR – Cuaca di seluruh negara pada keseluruhannya diramal baik pada waktu pagi sambutan Hari Krismas esok dengan hujan diramal pada sebelah petang dan malam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan cuaca di kebanyakan tempat di seluruh negara pada sebelah pagi dijangka baik kecuali di beberapa kawasan pantai di Terengganu, Kelantan, Pahang, Kudat dan Sandakan yang diramalkan hujan.

Sementara pada sebelah petang, ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung serta beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sarikei, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu , Miri, Limbang dan Kapit.

Kenyataan itu turut menyebut, kawasan di pedalaman dan pantai barat Sabah juga dijangka mengalami ribut petir di satu dua tempat.


Pada sebelah malam pula, beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Selangor serta di beberapa bahagian di Kuching, Samarahan, Kapit, Miri dan Limbang dijangka mengalami hujan.

Beberapa kawasan di bahagian pedalaman dan pantai barat di Sabah turut dijangka mengalami hujan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Cuaca

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori