Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

The Rock ‘Rebut’ Kerusi...

BEKAS ahli gusti yang kini berjaya lebar sayap dalam arena lakonan, The Rock mengejutkan...

Anwar Tepis Pandangan Sinis...

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak pandangan sinis segelintir golongan...

FELDA Muktamad Hutang Peneroka...

KUALA KUBU BHARU - FELDA bakal memuktamadkan penyelarasan senarai hutang peneroka Mei ini. Menteri...

4,000 Anggota Kastam, KPDNKK...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan...

Ronaldo Setuju Sertai Juventus

REAL Madrid mengesahkan Cristiano Ronaldo bersetuju menyertai Juventus dengan bidaan bernilai 92.7 juta pound sterling.

Pemain berusia 33 tahun itu bersetuju syarat kontrak dengan kelab gergasi Itali tersebut.

Juventus akan membayar kira-kira 26.4 juta pound sterling setiap musim kepada Ronaldo.

Presiden Juventus, Andrea Agnelli berlepas ke Greece pada Selasa untuk bertemu dengan Ronaldo bagi memuktamadkan rundingan mereka.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes berunding mengenai bayaran perpindahan sejak 10 hari lalu dan Presiden Real, Florentino Perez kini memberi lampu hijau terhadap bidaan Juventus.

Ronaldo menghabiskan masa selama sembilan musim di Real Madrid dan meninggalkan kelab itu dengan rekod penjaring terbanyak pasukan.

Dia menjaringkan 451 gol dalam 438 penampilannya bersama kelab gergasi Sepanyol itu.


Real Madrid dalam satu kenyataan berkata: “Real Madrid CF memaklumkan respons kepada kehendak dan permintaan Cristiano Ronaldo bahawa dia setuju untuk pindah ke Juventus FC.

“Hari ini Real Madrid ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain yang diangkat sebagai pemain terbaik dunia dan pemain mencatat sejarah cemerlang dalam kelab ini dan juga bola sepak dunia.

“Bagi Real Madrid, Cristiano Ronaldo akan sentiasa menjadi simbol hebat dan rujukan unik untuk generasi akan datang.

“Real Madrid sentiasa menjadi rumah anda.”mStar Online

Kategori