Contoh Isteri Mithali, Lunas Tanggungjawab Walaupun OKU

KECACATAN dan kekurangan bukanlah penghalang untuk seorang individu lari dari tanggungjawabnya. Kisah menyentuh hati yang berlaku di China ini patut dijadikan pengajaran dan panduan buat insan lain di luar sana.

Siapa sangka, seorang wanita yang menghidapi Polio sejak lahir, mampu melakukan tugasan ruji sebagai seorang isteri.

Bai-Aixiang (5)

Walaupun tidak mampu menggunakan kedua-dua tangannya, Bai Aixiang,49, tidak menganggap itu sebagai kekurangan dan tetap melakukan tugasnya sebagai teman hidup kepada pasangannya, Ma Wanma, 70.

Mungkin kerana sedari kecilnya tidak mampu menggunakan tangan, Bai cekap dalam menjadikan kakinya sebagai alat untuk melakukan tugasan, termasuk mencukur rambut si suami.

Bai-Aixiang (4) Bai-Aixiang (1)

Selain daripada itu, wanita tabah itu turut mampu melakukan rutin seperti mengemas rumah, memasak, menjahit dan mencuci.

Menurut sebuah portal antarabangsa, Mirror.co.uk, Bai diperkenalkan kepada Ma pada tahun 1999 ketika berusia 33 tahun. Pada waktu itu, Ma merupakan seorang janda dan tinggal bersama anak perempuannya.

Bukan itu sahaja, Bai turut dikenali penduduk kampung dengan kebolehannya membantu mereka yang kurang upaya dan miskin dengan menjahitkan baju mereka dan melakukan tugasan rumah. – MYNEWSHUB.CC

Video Viral Tentang Adik Ainaa Amanda Yang Menjadi Perhatian Masyarakat Prihatin Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=90hyv9hZMcQ

Leave a Reply

Your email address will not be published.