Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPPA Dahului Penerima Darjah...

KUALA KANGSAR - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman mendahului...

Pelajar Muslim Diharamkan Berpuasa...

PELAJAR beragama Islam di empat sekolah rendah di Britain diharamkan daripada menjalani ibadah...

180 Peserta Sertau ‘Mai...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 180 peserta terdiri daripada peminat gasing seluruh negara akan...

Kelantan Kurang Guru Mata...

BACHOK: Kementerian Pendidikan meneliti masalah kekurangan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris di Kelantan...

Ciuman Berulang Kali Anak Maut Nahas Kekal Di Ingatan

PARIT – Seorang ibu tidak menyangka ciuman berulang kali anaknya Sabtu lalu adalah yang terakhir dan tidak mungkin dilupakan, demikian luahan hati Aminah Jabil, 65, ibu seorang daripada mangsa kemalangan di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali dekat sini, pagi tadi.

Aminah merupakan ibu kepada Norhaslina Abdul Razak, 27 yang maut bersama suaminya Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35, serta adik iparnya, Nor Azira, 24, dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan lori kira-kira 6.30 pagi tadi.

“Dia mencium saya banyak kali dan berkata dia tidak puas melihat wajah saya sebelum dia sekeluarga pulang ke Teluk Intan, Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Changkat Melintang di sini.

Aminah berkata pada pertemuan terakhir Sabtu lalu, anak bongsunya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah mereka sempat ke Langkap untuk membeli barang dan makan bersama.

Katanya anak dan menantunya itu sangat baik, malah selalu datang menjenguknya yang tinggal di Chenderong Balai, Teluk Intan.

“Cuma semalam Ahmad Nor Al-Zaidin sempat singgah ke rumah dan memandikan anak mereka di sini. Saya perasan dia asyik merenung saya agak lama tetapi tidak bercakap apa-apa,” katanya.

Arwah Norhaslina dan Ahmad Nor Al-Zaidin yang merupakan pegawai khas kepada seorang anggota Exco Perak meninggalkan seorang anak perempuan, Nur Damia Qistina, 4.


Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata pemergian Ahmad Nor Al-Zaidin merupakan satu kehilangan besar di kawasan dewan undangan negeri (DUN) berkenaan.

Zainol Fadzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak berkata Ahmad Nor Al-Zaidin yang telah berkhidmat sebagai pegawai khas beliau di DUN tersebut sejak 2009 merupakan seorang yang baik serta bertanggungjawab.

“Sepanjang perkhidmatannya, dia banyak bantu saya khususnya dalam urusan berkaitan pentadbiran dan masyarakat di peringkat daerah,” katanya.

Beliau berkata arwah juga mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat.

Jenazah ketiga-tiga mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah Perkuburan Teluk Baharu kira-kira 7.40 malam tadi. – BERNAMA

Kategori