Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Hafiz Hamidun Rancang Bulan...

SERONOKNYA jadi pasangan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa! Bakal pengantin yang akan diijabkabulkan pada...

Ketua Wanita Pertahan Demo...

SUSULAN protes sekumpulan penduduk Taman Medan, Petaling Jaya yang menggesa salib di sebuah gereja...

Kafe Terbakar, Lapan Maut...

TEHRAN - Lapan orang terkorban dalam kebakaran yang berlaku lewat Selasa di Tehran,...

Bill English Dipilih Terajui...

WELLINGTON - Parti pemerintah New Zealand, Parti Nasional, melantik Bill English sebagai Perdana...

Chong Wei Perlu Diberi Layanan Terbaik Hadapi Keadaan Perit

KUALA LUMPUR – Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei perlu diberi layanan terbaik untuk mengharungi keadaan semasa setelah sampel darah beliau didapati positif dalam ujian penggunaan bahan terlarang, kata Ketua Pemuda MIC C.Sivarraajh.

Beliau berkata Chong Wei seorang pemain luar biasa, yang banyak menyumbang kepada negara dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Kami bersimpati dengan beliau. Beliau (Chong Wei) menjadi harapan kita dan kami berdiri teguh di belakang beliau pada saat-saat yang memeritkan ini. BAM perlu memberi kepada Chong Wei segala bantuan yang beliau perlukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sivarraajh berkata mulai sekarang, BAM juga perlu membuktikan Chong Wei tidak bersalah dan mempertahankan beliau.

“Beliau (Chong Wei) berkata beliau tidak bersalah dan kita sebagai rakyat Malaysia, bersatu hati mempercayai kata-kata beliau itu,” katanya.


Chong Wei disahkan positif dalam ujian penggunan bahan terlarang dikenali sebagai ‘dexamethasone’ dalam ujian terhadap ‘Sampel B’ yang dilakukan di Oslo University Hospital, Norway pada Rabu.

Pada sidang akhbar semalam, Timbalan Presiden BAM Datuk Norza Zakaria berkata beliau menerima keputusan rasmi itu daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Khamis.

“Di pihak kami, kami mempunyai beberapa justifikasi bahawa pemain ini tidak bersalah. Perkara paling utama sekarang ialah membantu pemain ini kerana beliau adalah sebahagian daripada anggota BAM. Beliau telah banyak menyumbang kepada negara,” kata Norza.

Ikon sukan itu dilaporkan gagal dalam ujian dadah pada kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen pada Ogos. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori