Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Dua Anak Dituduh...

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan...

RM6.2 Bilion Ambil Alih...

KUALA LUMPUR - Seorang pakar ekonomi menolak keputusan Kementerian Kewangan untuk mengambil alih...

VIDEO: Bakal Bapa Ini...

KEPADA bakal ibu, saat menggembirakan ketika hamil adalah bila suami sama-sama berkongsi perasaan...

Baju Rekaannya Dikritik, Ini...

MENJELANG perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut Jun ini, pastinya semua sudah...

Chong Wei Mara Separuh Akhir Kejohanan Dunia

KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei meneruskan rentak garang apabila menempah tiket ke separuh akhir perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, sebentar tadi.

Pemain nombor satu dunia itu layak selepas menewaskan pemain China, Wang Zhengming 21-8, 21-11 di Ballerup Super Arena dalam tempoh 39 minit.

Dia dijangka bertemu pemenang antara perlawanan suku akhir lain membabitkan Tien Chen Chou dari Taiwan atau Viktor Axelsen dari Denmark.

Dalam perlawanan suku akhir lain, Chen Long dari China turut mara ke kelompok empat terakhir selepas menewaskan pemain Korea Selatan, Son Wan-ho (KOR) 21-14, 12-21, 21-17.

Pemain pilihan kedua itu akan menentang Tommy Sugiarto dari Indonesia yang terdahulu menewaskan pemain Belanda, Eric Pang 22-20, 21-19 – BH Online

KEPUTUSAN SUKU AKHIR

Perseorangan lelaki

Tommy Sugiarto (INA) mn Eric Pang (NED) 22-20, 21-19


Chen Long (CHN) mn Son Wan-ho (KOR) 21-14, 12-21, 21-17

Lee Chong Wei (MAS) mn Wang Zhengming (CHN) 21-8, 21-11

Perseorangan wanita

Li Xuerui (CHN) mn Saina Nehwal (IND) 21-15, 21-15

Minatsu Mitani (JPN) mn Sung Ji-hyun (KOR) 9-21, 21-18, 22-20

P V Sindhu (IND) mn Wang Shixian (CHN) 19-21, 21-19, 21-15

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori