Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Permohonan Lucut...

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut...

Perhilitan Terengganu Terima 12...

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 12 aduan berkaitan harimau belang diterima Jabatan Perlindungan Hidupan Liar...

Tampar Pekerja Bangla, Pemilik...

MAHKAMAH Majistret Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap seorang ahli perniagaan...

Walau Disekat SKMM Web...

TIDAK dinafikan ramai pengguna Internet di Malaysia sememangnya kaki muat turun (download) pelbagai jenis movie,...

Chong Wei Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka China

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei melepasi perlawanan pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka China hari ini dalam masa hanya 26 minit.

Chong Wei yang pernah menjuarai kejohanan itu pada 2015 tidak berdepan masalah menewaskan Hsu Jen-hao daripada Taiwan dengan straight set 21-5 dan 21-7 pada perlawanan pusingan pertama hari ini.

Beliau yang turun selaku pemain pilihan ketujuh akan bertemu Sourabh Varma dariipada India atau Brice Leverdez daripada Perancis dalam perlawanan seterusnya esok.

Turut mengikut jejak Chong Wei ialah dua wakil beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang mengalahkan Xiao Min Lin-Wu Fang Chien daripada Taiwan 21-6, 17-21, 21-9 manakala Vivian Hoo-Woon Khe Wei mengalahkan satu lagi beregu Taiwan, Chiang Kai Hsin-Hung Shih Han dengan 15-21, 21-19, 21-11.


Sementara itu wakil tuan rumah yangmerupakan juara lima kali Terbuka China, Lin Dan ditunjuk jalan keluar oleh pemain Indonesia, Jonatan Christie dengan 19-21 dan 16-21. – BERNAMA

Kategori