Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Sifat Bumi Bulat, Hujah...

EKORAN kekecohan dan perdebatan hangat mengenai bentuk bumi sejak beberapa hari lalu, Mutfi...

Bekalan Bahan Makanan Musim...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi jaminan bekalan...

Vaksin Baharu Rawat Polio...

DHAKA: Satu kajian baharu mendapati vaksin oral yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)...

Ribut Petir, Hujan Lebat...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat...

China Tahan 2 Juta Orang Islam

GENEVA, Switzerland – Sebuah panel hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima banyak laporan boleh dipercayai bahawa seramai satu juta etnik Islam Uighur di China ditahan di kem-kem tahanan yang dirahsiakan.

Anggota Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum PBB, Gay McDougall (gambar) menganggarkan seramai dua juta etnik Uighur dan minoriti Islam lain ditahan di kem-kem politik untuk indoktrinasi di wilayah autonomi Xinjiang, barat China.

“Kami amat bimbang tentang berbilang laporan boleh dipercayai yang kami terima menyatakan bahawa dalam usaha memerangi fahaman ekstremis dan mengekalkan kestabilan sosial, China menukar wilayah autonomi puak Uighur menjadi kem tahanan besar yang diselubungi kerahsiaan,” katanya pada permulaan mesyuarat untuk meneliti rekod hak asasi manusia China termasuk Hong Kong dan Macau.

China sebelum ini menyatakan bahawa wilayah Xinjiang berdepan ancaman serius da­ripada militan dan kumpulan pemisah Islam yang merancang serangan serta menghasut ketegangan antara etnik Islam Uighur dan bangsa China Han.

Delegasi China yang terdiri daripada 50 pegawai tidak membuat sebarang ulasan tentang kenyataan McDougall pada sesi perbincangan di Geneva itu yang dijadualkan disambung hari ini.

Misi Amerika Syarikat (AS) ber­kenaan ke PBB menyatakan di laman Twitter bahawa pihaknya amat bimbang berhubung laporan mengenai operasi berterusan terhadap etnik Uighur dan orang Islam lain di China.


“Kami menggesa agar China menamatkan dasar tidak produktif tersebut dan membebaskan semua yang ditahan secara haram,” kata misi AS berkenaan.

McDougall berkata, komuniti Uighur dan orang Islam lain dilayan seperti musuh negara hanya kerana agama yang mereka anuti. – Reuters/Kosmo Online

Kategori