Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Guna Pengimbas Wajah Rekod...

JOHOR BAHRU - Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Perling, di sini menempa sejarah sebagai...

Bunuh GF, Muat Naik...

ENTAH apa di fikirannya, seorang lelaki tergamak menikam teman wanita hingga mati sebelum memuat naik...

Remaja Dirogol Beramai-Ramai Sebelum...

BUENOS AIRES – Seorang remaja Argentina telah dirogol beramai-ramai sebelum kedua-dua matanya dikorek...

Saksi Trauma Pelajar Terjatuh...

KUALA LUMPUR - "Trauma, tak tahu nak kata apa bila tiba-tiba seorang daripada...

China, Jepun Pelabur Penting Kepada Malaysia

TOKYO – China dan Jepun merupakan dua pelabur penting dan berpotensi kepada Malaysia berikutan kelebihan yang dimiliki oleh kedua-dua negara itu.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata syarikat dari China ketika ini dilihat mempunyai kekuatan untuk melabur di luar negara manakala Jepun pula mempunyai kekuatan dari segi teknologi.

“Dengan sokongan yang begitu kuat daripada kerajaan China, pelbagai insentif diberikan kepada syarikat-syarikat mereka, malah mereka digalakkan melabur di luar negara termasuk Asean khususnya Malaysia,” katanya kepada pemberita di akhir lawatannya ke China dan Jepun selama 10 hari sejak 11 Mei lalu.

Manakala Jepun pula walaupun mengalami keadaan ekonomi yang sedikit merudum selain kadar tukaran mata wang yang agak lemah, mereka mempunyai teknologi yang sangat menarik, katanya.

Menurut Mukhriz, China lebih menjurus kepada hubungan dengan kerajaan manakala Jepun lebih kepada swasta justeru itu ia memerlukan pendekatan berbeza untuk menarik pelaburan dari kedua-dua negara itu ke Malaysia dan juga Kedah.

“Kedua-dua negara ini memang berbeza. Kalau nak kata Jepun menguasai teknologi, kita dapati China pun ada teknologi yang hebat. Dua negara ini sangat penting bagi kita tetapi perlukan pendekatan berbeza,” katanya.

Sementara itu Mukhriz berkata delegasi pelaburan dan perdagangan kerajaan negeri Kedah ke China dan Jepun itu telah mencapai beberapa kejayaan.

Antaranya ialah permeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan syarikat perikanan utama China, Qingdao Lu Hai Feng Investment Co Ltd (Lu Hai Feng) bagi projek Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) yang akan menjadikan Kedah sebagai pusat perikanan antarabangsa terbesar di Asia Tenggara khususnya bagi ikan tuna.

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pula memeterai MoU Persahabatan dengan bandar raya Qingdao yang antara lainnya melibatkan sektor pelancongan iaitu pertukaran pelancong antara kedua-dua bandar raya itu.


Satu lagi MoU melibatkan China CAMC Engineering Co Ltd (CAMCE), syarikat milik negara China, yang merancang untuk melaksanakan beberapa projek pembangunan di Kedah khususnya stesen jana kuasa, melalui kerjasama dengan syarikat Malaysia, KOSMO Group of Companies.

Di Beijing, satu lagi MoU dimeterai melibatkan Beijing Auto International Cooperation (BAIC), yang merupakan antara syarikat pengeluar utama kenderaan elektrik dunia, yang mahu memasang kenderaan mereka di Gurun, Kedah, yang bakal menjadikan Malaysia sebagai hab untuk kenderaan jenis itu di Asia Tenggara.

Satu lagi syarikat pengeluar kenderaan China, Great Wall Motors Co Ltd (GWM) yang memiliki jenama Haval dan Great Wall berpusat di Baoding, memeterai
MoU baharu dengan syarikat Malaysia, Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (Go Auto) bagi memperbaharui serta meningkatkan kerjasama mereka dalam pemasangan kenderaan GWM di kilang di Gurun.

Sementara itu di Jepun pula, tumpuan lawatan kerja kerajaan negeri Kedah adalah di Mie Prefecture kerana ia dilihat mempunyai persamaan dengan Kedah seperti pertanian terutamanya padi, selain menjadi tumpuan syarikat dalam industri automotif.

Mie Prefecture merupakan pengeluar beras jenis Koshihikari, yang dianggap sebagai antara yang terbaik kualitinya di dunia dan terdapat juga industri yang menghasilkan produk berasaskan teknologi nilai tambah kepada produk pertanian untuk industri makanan dan kosmetik.

Delegasi kerajaan Kedah turut melihat teknologi terkini dalam pengurusan bahan buangan dan kitar semula di Jepun di Mie Recycle Centre serta teknologi pengurusan air buangan yang digunakan kilang-kilang, yang berjaya memelihara alam sekitar. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori