Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tajuk Akhbar Kosmo! Undang...

INILAH yang dikatakan seumpama 'terlajak perahu boleh diundur, namun terlajak kata buruk padahnya'. Tindakan...

Meringkuk Sebulan Di Penjara,...

KUALA LUMPUR – Seorang wanita terpaksa meringkuk di dalam penjara selama sebulan akibat...

Pemuda UMNO Perlu Agresif...

PEKAN - Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) mahupun UMNO di seluruh negara perlu...

IS Bakar Peralatan Muzik...

TRIPOLI — Selepas ‘mencipta’ nama dikenali di seluruh dunia dengan rakaman video keganasan...

Chelsea Cuba Bida Oblak Sebelum Ikat Kepa

KEPA Arrizabalaga bukan penjaga gol pilihan utama Chelsea untuk menggantikan Thibaut Courtois, lapor The Sunday Times.

Juara Piala FA itu terpaksa bertindak pantas mencari pengganti Courtois selepas penjaga gol kebangsaan Belgium itu berhijrah ke Real Madrid pada hari terakhir jendela perpindahan pemain.

Kep menjadi penjaga gol paling mahal dalam sejarah bola sepak selepas memuktamadkan perpindahan bernilai 71 juta pound sterling dari Athletic Bilbao.

Dia beraksi cemerlang pada penampilan pertamanya yang menyaksikan Chelsea menang 3-0 ke atas Huddersfield.

Namun The Sunday Times mendakwa, Chelsea sebenarnya mahukan khidmat bintang Atletico Madrid Jan Oblak.

Oblak diangkat sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di dunia ketika ini.


Chelsea dilaporkan telah mengemukakan bidaan sebanyak 90 juta pound sterling terhadap Oblak.

Namun penjaga gol berusia 25 tahun itu memilih untuk kekal di Sepanyol.

Atletico kini dilaporkan akan menawarkan kontrak baharu kepada Oblak yang menyaksikan klausa pembeliannya meningkat sehingga 250 juta pound sterling. – mStar Online

Kategori