Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Remaja Disimbah Asid Dalam...

NEPAL – Dua remaja perempuan melalui pengalaman menakutkan sepanjang hayat selepas seorang lelaki...

Kononnya Hendak Sakitkan Hati...

BUDAK lelaki berusia tiga tahun yang muncul dalam rakaman video dan didakwa dipaksa...

Lelaki Putus Tunang Akibat...

BAGAI jatuh ditimpa tangga, seorang lelaki menerima dugaan 'maha' berat gara-gara kesilapan sebuah...

Perhimpunan Agung UMNO Sambung...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang masuk hari kedua hari ini,...

Ceramah Zakir Naik: Kerajaan Perlis Belum Diberitahu – MB

KANGAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata kerajaan Perlis belum dimaklumkan mengenai kedatangan Dr. Zakir Naik untuk memberi ceramah di negeri ini.

Azlan berkata beliau hanya mendapat tahu mengenai ura-ura membawa masuk penceramah antarabangsa itu menerusi media sosial tetapi tiada siapapun yang datang untuk membincangkan perkara itu.

“Perkara baik tidak harus ditolak namun saya akan mendengar pendapat pelbagai pihak termasuk aspek keselamatan jika diadakan di Stadium Tuanku Syed Sirajuddin Kangar,” kata Azlan kepada pemberita di sini, hari ini.

Menteri Besar itu mengulas laporan media sosial mengenai usaha membawa masuk Dr. Zakir untuk memberi ceramah di Perlis sebagai ganti ceramah beliau yang tidak dapat diadakan di Melaka.

Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang dipetik dari laman sosial FB beliau berkata kedatangan Dr. Zakir mendapat restu Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis.


Azlan berkata kerajaan negeri bagaimanapun perlu menunggu maklum balas Dr. Zakir kerana setakat ini hanya sebelah pihak (Dr. Mohd Asri) yang bercakap. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori