Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Siasat Semula Kes Kematian...

Johor Bahru : Kes kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan...

Ramuan Kejayaan UMNO Dalam...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan...

Gadis Maghribi Jadi Pilihan...

PELAKON yang sedang meningkat naik Idris Khan akui dirinya bercinta dengan gadis kelahiran...

AGRA Anjur Perhimpunan Esok...

KUALA LUMPUR - Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung...

Cekap Menjahit Pakaian Dengan Gunakan 2 Kaki

MACHANG – Tanpa kedua-dua tangan dan hanya menggunakan kaki, bapa kepada tiga anak ini begitu cekap menjahit pakaian pelanggan serta memandu kereta.

Walaupun tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU), Rahim Yusoff, 51, yang lebih dikenali sebagai Poksu Mie yang tinggal di Pulai Chondong berdikari untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Dia yang tiada kedua-dua tangan separas bahu sejak lahir berkata, kekurangan dimiliki tidak menjadi penghalang kepadanya untuk berjaya seperti insan normal lain.

Kekurangan itu dianggap keistimewaan untuknya berusaha menjadi tukang jahit bagi menyara isteri, Noraishah Hamzah, 44, yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah dan tiga anak yang normal berusia antara empat hingga 14 tahun.

“Saya mula menjahit selepas menamatkan pengajian di Pusat Pemulihan OKU, Cheras, Kuala Lumpur 30 tahun lalu dan mengambil tempahan baju Melayu, baju wanita serta menjahit seluar jean.

“Saya mampu menghasilkan sepasang baju Melayu dalam masa sehari dengan upah RM90, selain menjahit jubah wanita dan menjahit seluar jean serendah RM5.

“Menerusi kerja ini, saya memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM15 sehari dan mampu menyara keluarga.


” Selain itu, saya dan isteri masing-masing mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 seorang,” katanya ketika ditemui di kedainya di Pulai Chondong.

Menurutnya, dia gemar melakukan kerja sendiri termasuk memandu kereta kerana tidak mahu menyusahkan orang lain dan mahu membuktikan OKU juga mampu mencari rezeki untuk keluarga.

“Isteri saya hanya mampu mengesot dan jika keluar, dia menggunakan kerusi roda untuk bergerak,” katanya. – myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Kategori