Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Gas Dikesan Jadi...

PUTRAJAYA - Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengesan...

Keluarga Balik KL Tipu...

POLIS sudah mengenal pasti seorang lelaki dan keluarganya yang tular di media sosial...

9,000 Hadiah Tun Mahathir...

CUBAAN beri imej buruk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak diteruskan semalam apabila...

APM Sedia Hadapi Kemungkinan...

MIRI - Angkatan Pertahanan Awam (APM) sudah bersiap-sedia menghadapi situasi cuaca buruk yang...

Carousell Perkenal Kaedah Pembayaran Baharu

PETALING JAYA – Pasaran iklan dalam talian, Carousell akan memperkenalkan kaedah pembayaran baharu untuk memudahkan transaksi pada platformnya menjelang akhir tahun.

Pada masa ini, bayaran dibuat melalui pindahan dalam talian atau pembayaran tunai semasa penghantaran.

“Dengan kaedah pembayaran baharu ini, kami berhasrat mengembangkan lagi perniagaan kami,” kata Ketua Negara Carousell Malaysia, Tang Siew Wai semasa taklimat media hari ini.

Diasaskan pada 2012, Carousell adalah pasaran pengguna ke pengguna berasaskan web Singapura yang menjual barangan baharu dan terpakai.

Ia memasuki pasaran Malaysia pada Disember 2014 dan kini platform itu mempunyai 17 juta penyenaraian, dengan Carousellers (penjual di platform) memperoleh pendapatan purata RM4,800.

Beliau berkata, pengguna aktif platform tersebut kebanyakannya adalah sentrik bandar, berusia antara 18 hingga 35 tahun.

“Ia adalah platform yang membantu orang ramai untuk menjual barang-barang kesayangan mereka yang masih dalam keadaan baik pada harga yang menarik,” katanya.


Kategori teratasnya adalah fesyen, kesihatan dan kecantikan, elektronik, gajet serta barangan vintaj dan koleksi.

Tang berkata, bahawa Carousell kini beroperasi di Singapura, Malaysia, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Australia dan Amerika Syarikat.

“Malaysia adalah tiga pasaran utama di samping Singapura dan Taiwan dan pada suku pertama tahun ini, Carousell Malaysia mencatatkan 5.1 juta transaksi,” katanya. – BERNAMA

Kategori