Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tawaran Menarik Kong Mee...

HEBAT... Syarikat kelengkapan dapur dan bilik air terkenal, Kong Mee Home Gallery Sdn....

NATO Tambah Tentera Berdekatan...

BRUSSELS: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengumumkan penambahan tentera di negara berhampiran Ukraine...

Kerakyataan Warga China Mengikut...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan individu warga China mendapat kewarganegaraan...

Polis Siasat Kes Anggota...

IPOH - Polis Perak sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang anggotanya yang didakwa...

Caj Rawatan Gigi Klinik Kerajaan Naik Mulai 1 Mac

PETALING JAYA – Caj rawatan gigi di klinik kerajaan akan naik mulai 1 Mac depan, demikian menurut pekeliling Kementerian Kesihatan.

Namun, berita baik adalah kadar baharu itu tidak akan dikenakan ke atas pesakit yang kurang berkemampuan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata mesej tular berkaitan caj rawatan baharu itu menggambarkan kos asas semasa pada 2017 di Malaysia tanpa subsidi.

Namun, katanya, kerajaan terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi pesakit kelas tiga yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian.

Beliau berkata caj tersebut hanya akan dinaikkan kepada pesakit yang berkemampuan atau pesakit di kelas satu dan dua.

Kadar baharu itu terkandung dalam surat pemberitahuan dikeluarkan Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan (KKM) bertarikh 26 Januari 2017 rujukan (24)KKM.400-9/1/3 Jld.2 berkaitan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha (KSU) Bil 4/2017 seperti yang viral dalam media sosial sejak Selasa.

Mengikut pekeliling itu, bagi perkhidmatan cabutan gigi caj RM1 sekarang dinaikkan kepada RM15.

Bagi rawatan cuci gigi meningkat daripada RM2 kepada RM55 dan tampalan pula meningkat daripada RM2 kepada RM25.

Kenaikan itu di antara RM14 sehingga RM53.


Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan misikin.

“Mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang telah mereka terima sebelum ini,” katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan pada Rabu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam turut memberi jaminan bahawa pesakit wad kelas tiga di hospital kerajaan akan terus menikmati perubatan percuma seperti sebelum ini.

Katanya walaupun Kabinet memutuskan untuk mengkaji semula caj baharu perkhidmatan wad pesakit kelas satu dan dua, kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Rakyat Malaysia yang telah menikmati penjagaan kesihatan percuma atau mendapat subsidi yang besar dalam penjagaan kesihatan akan terus menerima perkhidmatan sedemikian,” katanya. – mStar Online

Kategori