Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Angkasa Lancar Kad Sim...

PETALING JAYA - Sebanyak 8.4 juta anggota yang berdaftar di bawah lebih 11,000...

Selangor Beri Bantuan Khas...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini...

EPL: City Benam Chelsea,...

MANCHESTER - Pasukan Manchester City mengutip mata penuh dalam aksi kedua Liga Perdana...

K’jaan Kaji Undang-Undang Penyebaran...

KOTA BHARU- Kerajaan akan mengkaji untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran berita palsu di...

Caj Perkhidmatan Penumpang Wajar Disemak – AirAsia

SEPANG – AirAsia Bhd menyambut baik langkah Kementerian Pengangkutan menyemak semula kadar Caj Perkhidmatan Penumpang bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat, berkata kadar PSC di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 tidak sewajarnya sama kerana lapangan terbang terbabit tidak mempunyai kemudahan yang serupa.

“Adakah adil bagi penumpang berjalan dari satu tempat ke tempat lain (di klia2) dan membayar jumlah yang sama di KLIA yang mempunyai tren bagi membawa anda melintas?

“Dari segi reka bentuk (KLIA), segala-galanya adalah lebih dekat dengan adanya laluan bergerak automatik (walkator) yang melalui kedua-dua hala,” katanya dalam satu temubual bersama NSTP, baru-baru ini.

Kadar PSC semasa bagi penerbangan domestik, ASEAN dan destinasi antarabangsa (selain ASEAN) ditetapkan pada RM11, RM35 dan RM73 bagi setiap penumpang.

Caj dibayar oleh penumpang kepada syarikat penerbangan sebaik saja tiket penerbangan dibeli dan kemudiannya dibayar oleh syarikat penerbangan kepada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sebaik saja penerbangan berakhir.

Mei lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menggesa semakan semula ke atas PSC.


Bercakap mengenai hubungan AirAsia bersama MAHB, Riad berkata komunikasi antara syarikat penerbangan dengan pengendali lapangan itu semakin baik dan mereka sedang bekerjasama ke atas beberapa isu yang perlu diperbetulkan.

Beliau berkata, komunikasi jelas antara kedua-dua syarikat adalah penting bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada penumpang.

“MAHB bergantung bukan hanya kepada kami, malah juga penumpang. Sudah pasti, AirAsia ada 98 peratus setiap hari di klia2 dan saya mahu dihargai dari segi itu…namun pada masa sama kita perlu menyedari pada akhirnya segala-galanya adalah mengenai penumpang.

“Jika tidak melakukannya dengan betul, kedua-dua syarikat akan kerugian pada akhirnya justeru perkara seperti PSC dan caj lapangan terbang lain perlu diuruskan dengan begitu berhati-hati,” katanya. -BH ONLINE

Kategori