Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penjimatan Pembinaan LRT3 Ambil...

KUALA LUMPUR - Penjimatan dan rasionalisasi kos pembinaan Projek Transit Aliran Ringan 3...

Jangan Fitnah JPJ Berkaitan...

BUTTERWORTH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap...

Pesona Keindahan Chiba, Jepun...

KUALA LUMPUR – Pesona keindahan Chiba, Jepun, kini boleh dinikmati di Facebook, antara...

Kes QZ8501 Tamparan Hebat...

Kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 awal pagi semalam ialah satu peristiwa terbaru dalam...

Cadangan Bina Loji Janakuasa Di Sandakan Dibentang Kepada Kabinet

KUALA LUMPUR – Cadangan pembinaan loji janakuasa gabungan kitaran gas 300-megawatt (MW) di Sandakan, Sabah akan dibentangkan kepada Kabinet bagi mendapatkan kelulusan, dalam masa terdekat ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata kelulusan itu tertangguh sebelum ini berikutan pelbagai proses perundangan yang perlu diselesaikan di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah.

“Oleh itu, tiada istilah kerajaan Persekutuan sengaja menangguhkan permohonan itu…tidak adil sekiranya kerajaan Persekutuan dipersalahkan sedangkan permohonan itu dalam peringkat perbincangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Pada Disember lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dilaporkan berkata loji janakuasa itu akan dibina bagi mengatasi masalah gangguan bekalan tenaga elektrik akut di pantai Timur Sabah.

Sementara itu, Ongkili berkata pelaksanaan projek itu dijangka menggunakan pendekatan modular dengan 95MW pertama dijangka siap bagi membekalkan tenaga elektrik menjelang suku ketiga 2018, sebelum siap sepenuhnya menjelang 2021. – BERNAMA

Kategori