Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Model Saman Pendandan Rambut,...

SEORANG model telah menyaman pendandan rambut sebanyak RM20 juta kerana didakwa cuai dan...

Anak Norman-Abby Dapat Sambung...

KEBIASAANYA kita sering dihidangkan dengan cerita kurang enak mengenai anak-anak mangsa penceraian. Namun, hal...

Unit Skuba Digerak Bantu...

MARANG - Unit penyelam mula digerakkan dalam usaha mencari dan menyelamat dua pemancing...

Ubahsuai Bajet 2016: Peniaga...

LARUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin...

Cadangan Bina Bangunan 4 Tingkat Di SK Dengkil

SEPANG – Bangunan setingkat Sekolah Kebangsaan (SK) Dengkil yang musnah dalam kebakaran Sabtu lepas dicadangkan diganti dengan bangunan empat tingkat, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata bangunan yang terbakar merupakan bangunan lama yang dibina pada tahun 1928.

“Saya akan minta pihak sekolah sediakan cadangan dan saya sendiri akan bawa cadangan itu kepada menteri pendidikan untuk mendapatkan peruntukan khas tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak kebakaran di SK Dengkil di sini, hari ini.

Noh berkata cadangan menggantikan bangunan setingkat yang musnah terbakar dengan bangunan empat tingkat adalah mengambil kira sekolah berkenaan mempunyai banyak murid iaitu 1,045 orang selain jangkaan berlakunya peningkatan jumlah pelajar apabila Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil beroperasi kelak.


Dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.30 petang Sabtu (10 Okt) lepas, bangunan setingkat yang menempatkan empat bilik iaitu bilik koperasi, kemahiran hidup, prasekolah dan stor sukan musnah terbakar. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Noh berkata sebagai penyelesaian jangka pendek, pelajar bagi kelas prasekolah yang musnah dalam kebakaran akan ditempatkan di sebuah bilik darjah lain manakala bilik darjah yang digunakan sebagai kelas prasekolah itu akan beroperasi di dewan sekolah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori