Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nama Pakatan Harapan Tak...

GEORGE TOWN - Buat masa ini nama Pakatan Harapan tidak akan ditukar sekalipun...

Video: Lawak! 5 Punca...

SESIAPA sahaja yang berasa letih selepas pulang dari kerja atau berada dalam keadaan...

Pelantikan Peguam Negara Perlu...

SHAH ALAM - Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara perlu dikaji semula kerana...

NGO Gesa Polis, BNM...

KUALA LUMPUR - Beberapa badan bukan kerajaan hari ini membuat laporan polis menggesa...

Cadang Pakaian Patuh Syariah Pramugari Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadangkan memperkenal peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari di semua syarikat penerbangan Malaysia selaras dengan pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Senator Datuk Hanafi Mamat berkata langkah itu tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan ditawarkan.

“Kita bangga Malaysia sebuah negara Islam, ada budaya sendiri, tapi apabila pramugari berpakaian seksi dan tidak sopan, ini boleh memberi persepsi kepada pelancong yang banyak menggunakan perkhidmatan penerbangan Malaysia ke negara ini.

“Sudah tiba masanya kerajaan menyediakan peraturan pakaian baharu supaya dapat memberi gambaran Malaysia sebagai negara Islam dan memegang ciri-ciri budaya Timur yang kuat,” katanya pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Negara di sini hari ini.

Sementara itu, Senator Khairul Azwan Harun mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia segera mengenal pasti sektor-sektor pekerjaan yang terdedah dengan cabaran Revolusi Perindustrian (RI) 4.0.

Beliau berkata sebanyak 35 peratus pekerjaan yang sedia ada bakal digantikan dengan sistem automasi, elektronik dan robot menjelang RI 4.0 dan ia memberi ancaman kepada keselamatan kerjaya.

“Contohnya semasa saya berkhidmat sebagai akauntan dulu, kerja-kerja mengaudit dibuat secara manual tetapi sekarang kerja mengaudit menggunakan aplikasi komputer yang dilihat lebih berkesan.


“Justeru, kita perlu mempersiapkan anak-anak muda yang berada di bangku sekolah hari ini supaya 20 hingga 30 tahun akan datang, mereka akan mendapat pekerjaan dan meneruskan kehidupan,” katanya.

Senator Datuk Farahiyah Nordin pula mencadangkan supaya Dewan Bahasa dan Pustaka dinaik taraf sebagai Suruhanjaya Bahasa Kebangsaan untuk pemerkasaan dan penguatkuasaan bahasa kebangsaan yang lebih berkesan.

Katanya peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dilihat semakin merosot kerana ramai yang tidak lagi menggunakan bahasa itu dengan betul.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. – BERNAMA

Kategori