Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saya ‘Straight’ Tau, Sumpah...

PERKONGSIAN foto imbas kembali (throwback) pelakon Nadzmi Adhwa ketika dia berusia belasan tahun...

Malaysia Akhiri Kemarau Pingat...

JAKARTA – Kontinjen Malaysia akhirnya menamatkan kemarau pingat emas Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018...

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM...

JOHOR BAHRU - Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi...

Hina TMJ: Pipiyapong Bebas...

JOHOR BAHRU - Penerbit buku indie, Firdaus Abdillah Hamzah atau lebih dikenali sebagai...

Cabaran Terbesar DCA Tangani Persepsi ‘Sorok Maklumat’ MH370

KUALA LUMPUR – Cabaran terbesar Jabatan Penerbangan Awam (DCA) adalah menangani persepsi dan teori kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 sejak ia dilapor hilang setahun lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, tanggapan masyarakat tempatan dan dunia kononnya agensi penerbangan negara itu menyembunyikan maklumat ‘ditelan bulat-bulat’ saban hari dan ditempelak dengan fakta daripada deretan pakar.

“Bukan penipuan, tiada apa yang disembunyikan. Ramai syak kita sembunyi sesuatu. Ramai tidak percaya, tapi apa yang kita keluarkan (kenyataan) dan jawab (dalam sidang akhbar) adalah kebenaran yang dikumpul daripada pakar penyiasat tempatan dan antarabangsa,” katanya kepada Bernama.

Pesawat Boeing 777 MAS itu membawa 239 orang apabila hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014. MAS kehilangan 12 anak kapal serta seorang kakitangan MASkargo.

Pada 29 Jan, kerajaan Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan bahawa kesemua 239 orang yang menaiki pesawat dianggap telah terkorban.

Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia juga menegaskan bahawa usaha mencari pesawat itu tetap menjadi keutamaan.

Jelas Azharuddin, apa sahaja teori dan dakwaan yang membawa kepada petunjuk pencarian telah disiasat pihaknya, pasukan pencari dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) walaupun ada kalanya ia mengarut dan tidak masuk akal.


“Kita ada pasukan komunikasi yang akan duduk berbincang siang dan malam setiap hari untuk mengeluarkan kenyataan bagi menjawab persoalan dan pelbagai teori atau petunjuk keberadaan pesawat.

“Kita perlu berhati-hati bagi kenyataan kerana setiap perkataan pun akan disalah tafsir walaupun kita bagi kenyataan yang betul. Kita sentiasa fokus dengan apa yang kita buat dan tidak lari daripada tanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Azharuddin berkata pastinya banyak yang boleh dipelajari pelbagai pihak termasuk DCA dan syarikat penerbangan dunia tentang apa yang berlaku kepada pesawat malang tersebut.

Katanya, apa yang paling ketara adalah dengan memperkenalkan pengesanan pesawat pengangkutan udara komersial mengikut masa nyata yang standard.

Beliau berkata ini antara lain bagi memudahkan untuk mengesan mana-mana pesawat secara tepat pada masanya.

Menurutnya, langkah keselamatan ini telah dicadangkan kepada ICAO untuk perhatian lanjut dan badan antarabangsa itu akan mengeluarkan laporan akhir mengenainya pada Ogos nanti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori