Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Naskhah “Al-Quran Abu Bakar”...

UNIVERSITI Birmingham, England telah menggemparkan dunia kerana memiliki sebuah fragmen daripada apa yang...

Harjeet Singh Dilantik KSU...

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan , Datuk Harjeet Singh dilantik...

TMJ Akan Tinggalkan Dunia...

PEMILIK Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal membuat kejutan...

Gadis Kencing Dalam Seluar...

Kita selalu menonton pelbagai ragam manusia terutama ketika mereka ditemubual menerusia siasran secara...

BWF Cadang Inisiatif Tingkat Badminton Ke Tahap Tinggi

KUALA LUMPUR – Majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan mencadangkan beberapa inisiatif semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu pada Mei depan, bagi memastikan badminton kekal kompetitif dalam industri sukan yang semakin mencabar kini.

Antara inisiatif dijangka dibincangkan semasa mesyuarat berkenaan yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand, itu adalah untuk meningkatkan sistem mata (11 mata dalam lima set), mengehadkan tempoh jurulatih bertemu pemain semasa perlawanan, dan peraturan-peraturan berhubung ‘servis’ ketika perlawanan.

Presiden BWF Poul-Erik Hoyer Larsen berkata perkara itu penting bagi badan induk badminton dunia itu supaya tidak mudah berpuas hati dengan inisiatif pada masa ini, namun bergerak seiring dengan peredaran zaman dengan melakukan penambahbaikan terhadap sukan berkenaan.

“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan dan menambahbaik sukan berkenaan dengan pelbagai inisiatif yang akan merealisasikan potensi badminton secara global; meningkatkannya ke peringkat lebih tinggi dalam semua aspek,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan BWF hari ini.

“Kita mesti terus menarik dan menghiburkan peminat yang mempunyai banyak pilihan..pilihan menakjubkan dalam pasaran sukan global yang kompetitif,” kata legenda badminton Denmark itu.


Untuk rekod, anggota Majlis BWF sudah mengesahkan satu pakej inisiatif yang bertujuan menjadikan badminton lebih menarik semasa mesyuarat terakhir badan induk itu pada November tahun lepas di Montego Bay, Jamaica.

Beberapa inisiatif tersebut sudah dilaksanakan ketika kejohanan Jelajah Dunia musim ini. – BERNAMA

Kategori