Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jauhi Ejen Perubahan Negara...

KUALA LUMPUR - "Jauhilah ejen perubahan yang palsu yang menentang Allah dan Rasul-Nya,...

Rindu Bayi Pada Ibunya...

TERSENTUH hati kami tatkala membaca luahan seorang lelaki mengenai  bayi yang tidur nyenyak...

Tun M: Jika Tak...

BANGI - Memperolehi sesuatu pengetahuan melalui bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris, tidak akan...

Peniaga Ditahan Hina Polis...

JOHOR BAHARU - Seorang peniaga ditahan di Kluang smalam kerana menghina polis menerusi...

Buruh Ditahan Miliki Senapang Patah Buatan Sendiri

TELUK INTAN – Seorang buruh ditahan polis kerana memiliki selaras senapang patah buatan sendiri dalam satu serbuan di sebuah bangsal di Kampung Sungai Suli Dalam, Sungai Tungku di sini pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata bertindak atas risikan dibuat pihak polis, suspek yang berusia awal 40-an itu ditahan kira-kira 1 tengah hari ketika sedang berehat di sebuah bangsal, di rumahnya.

“Semasa ditahan suspek bertindak cuba melarikan diri dengan membawa senapang berkenaan di tangan kanannya namun berjaya ditangkap.

Pemeriksaan lanjut di bangsal itu, kita menemui perkakas dan alatan bagi membuat senapang berkenaan antaranya mesin kimpalan, mesin pemotong besi serta gergaji besi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Marzukhi berkata ujian air kencing ke atas suspek didapati positif methamphetamine serta semakan mendapati suspek turut memiliki sembilan rekod kesalahan lampau iaitu dua kes jenayah dan tujuh kes narkotik.


“Kita masih menyiasat kegunaan senapang itu dan berkemungkinan ianya bukan untuk tujuan samun,” katanya.

Suspek kini direman sehingga esok di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 8(a) akta yang sama yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 7 tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000 atau kedua-duanya. – BERNAMA

Kategori