Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Sayu… Ibu Kongsi Kisah...

SEORANG ibu memuat naik mesej tentang anak perempuannya yang mengalami serangan seksual di...

Nautical Aliya Teruskan Pelayaran...

YANGON (Myanmar) - Selepas sahaja fasa pertama misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar'...

Kos Umrah Melonjak: MOTAC...

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sekali lagi diminta agar segera ‘campur...

Nazim Enggan Sentuh Wanita...

SELEPAS Izzue Islam, pelakon kacak Nazim Othman pula mengumumkan enggan lagi berlakon babak...

Buruh Didenda Simpan Telefon Bimbit Curi

KUALA LUMPUR – Gara-gara menyimpan sebuah telefon bimbit curi berharga RM1,000, seorang buruh warga Indonesia didenda RM2,500 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Surur Miftahus, 31, selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan semula kesnya hari ini.

Surur didakwa dengan curangnya telah menyimpan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit jenis Oppo milik Ummu Farieheen Nasaruddin, 32, pengurus farmasi dengan ada sebab-sebab mempercayai sebagai harta curi.

Dia melakukan perbuatan itu di Jalan Wawasan 2/3, Bandar Baru Ampang, di sini pada 3.40 petang, 10 Nov tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Peguam Kelvinder Singh Sidhu yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum dengan alasan tiada kerugian oleh mangsa kerana telefon bimbit itu diperoleh semula manakala Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon hukuman berat mengambil kira tertuduh adalah warga asing yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki namun telah melakukan kesalahan jenayah.


Mengikut fakta kes, pada bulan Oktober tahun lepas, mangsa yang baharu bangun dari tidur di rumahnya telah melihat pintu dapur dan tingkap tandas rumahnya terbuka dan mendapati beberapa barangan berharga termasuk telefon bimbitnya telah hilang dan hasil siasatan polis membawa kepada penahanan tertuduh bersama telefon bimbit itu. – BERNAMA

Kategori