Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Sekolah Boleh Tugas Murid...

KUALA LUMPUR - Pihak sekolah dibenarkan menugaskan murid-murid sekolah untuk melakukan kerja-kerja pembersihan...

Polis Rampas Mercun Lebih...

BESUT – Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai lebih RM50,000,...

Trump Pecat Setiausaha VA,...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump memecat Setiausaha Hal Ehwal Veteran (VA), David Shulkin...

Kematian Ke-24 Akibat Covid-19...

PUTRAJAYA - Satu lagi kematian dilaporkan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis...

Bunuh Wanita Perancis: Hukuman Mati Peniaga Kekal

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang peniaga kerana membunuh seorang pelancong warga Perancis lima tahun lepas.

Rayuan akhir Asni Omar, 41, ditolak panel lima anggota diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang memutuskan bahawa tiada merit dalam rayuan itu.

Empat lagi hakim yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Datuk Balia Yusof Wahi.

Asni disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan kerana membunuh Stephanie Foray, 30, di sebuah rumah di Kampung Tekek, Pulau Tioman, antara 8 malam 10 Mei dan tengah hari 12 Mei 2011.

Dia kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, menyebabkan dia membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Mayat Foray dijumpai kira-kira tiga bulan kemudian ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Tioman.

Asni, yang memakai pakaian penjara merah dan putih, kelihatan tenang ketika mahkamah menyampaikan hukuman.

Dia bagaimanapun mempunyai satu pilihan terakhir, iaitu merayu kepada Lembaga Pengampunan, terhadap hukuman mati ke atasnya.


Dalam rayuan itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Asni, berhujah bahawa keterangan yang dikemukakan menunjukkan tiada kes prima facie kerana membunuh, sebaliknya beliau berkata paling baik adalah kes menyebabkan kematian tanpa niat.

Beliau berkata tiada keterangan langsung bahawa anak guamnya membunuh wanita itu dan kecederaan yang dialami si mati pada tulang tengkoraknya berkemungkinan akibat daripada terjatuh yang menyebabkan kepalanya terhentak.

Timbalan Pendakwa Raya Fatnin Yusof berkata keterangan menunjukkan bahawa ia merupakan satu pembunuhan.

Beliau berkata Asni telah mendedahkan maklumat dan membawa polis ke sebuah gua tempat mayat Foray dijumpai ditanam di dalam sebuah lubang dan ke rumahnya tempat barangan kepunyaan wanita itu dijumpai.

Beliau berkata keterangan berkaitan maklumat itu boleh diterima mahkamah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori