Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penasihat Umum PAN Dakwa...

KUALA LUMPUR - Penasihat Umum Parti Amanah Negara (PAN), Ahmad Awang mendakwa beliau...

Jualan Ford Meningkat Dengan...

KUALA LUMPUR - Ford, yang telah menjual 792 unit kenderaan di Malaysia pada...

Guru Besar Ditetak Hingga...

GURU besar di sebuah sekolah ditetak dihadapan 20 orang pelajarnya. Ketika kejadian, guru besar...

Nenek Maut Selepas Kereta...

MUKAH - Seorang wanita maut manakala cucu lelaki angkatnya cedera ringan apabila kenderaan...

Bunuh Bayi 19 Bulan Kerana Mirip Bekas Kekasih Perempuan Simpanan

SEORANG doktor gigi memukul bayi lelaki perempuan simpanannya sehingga mati gara-gara cemburu.

Bert Franklin didakwa menendang dan memukul kepala Lincoln Lewis berusia 19 bulan di rumah ibunya, Roxanne Lewis Randall di Oklahoma City pada Julai 2016.

Suspek didakwa melakukan perbuatan itu kerana wajah kanak-kanak itu mirip bekas kekasih perempuan simpanannya itu.

Doktor menyifatkan keretakan tempurung kepala yang dialami bayi malang itu sebagai paling buruk pernah dilihatnya.

Franklin dikatakan merungut kepada seorang kawannya bahawa dia menyampah setiap kali melihat kanak-kanak itu kerana dia mirip bapanya, Milliard Henry.

Malah Franklin turut cemburu dengan perhatian yang diberikan wanita simpanannya itu terhadap Lincoln.

Dia didakwa membunuh Lewis setahun selepas dia menjalin hubungan dengan ibu kanak-kanak itu yang dikenalinya semasa mendapatkan rawatan di klinik giginya.


Franklin memberi wang tunai kepada Lewis Randall untuk membeli sebuah rumah di Oklahoma City, kemudian dia bertindak memasang kamera pengawasan supaya dia dapat memerhati setiap gerak-geri wanita itu.

Lebih memburukkan lagi keadaan, dia bertindak membunuh kanak-kanak itu selepas kekasihnya itu membawa bapa mangsa bermalam di rumah mereka.

Pendakwa memberitahu Franklin, 37, amat cemburu selain sering mengawal kekasihnya dan berasa terancam dengan Lincoln.

Franklin yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak dikatakan menjadikan ibu Lincoln sebagai perempuan simpanannya. – mStar

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

Kategori