Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dr. Mahathir Tidak Sepatutnya...

KOTA BHARU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mengeluarkan...

Nora-Nedim Tak Mahu Lama-Lama...

SERING kali kita melihat kebanyakan selebriti tempatan tidak menayangkan wajah bayi mereka yang...

PAS, UMNO Negeri Akan...

KUALA TERENGGANU - Kepemimpinan PAS di semua negeri akan mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan...

Budak Dijadikan Alat Bersihkan...

SEORANG lelaki dirakamkan menggunakan seorang kanak-kanak sebagai alat untuk membersihkan salji yang memenuhi...

Bumi Mexico Gempa Kerana Penyokong Bolasepak

WARGA Mexico yang melompat kegembiraan gara-gara kemenangan pasukan kebangsaan ke atas Jerman 1-0 dalam perlawanan Piala Dunia dikatakan menyebabkan gegaran kuat hingga ‘menghidupkan’ pengesan gempa bumi.

Ia berikutan beribu-ribu peminat bola sepak Mexico bersorak dan menari kegembiraan di jalan raya selepas pasukan mereka mengejutkan penyandang juara berkenaan dalam perlawanan peringkat kumpulan di Moscow.

Institut Siasatan Geologi dan Atmosfera menyatakan, pengesan gempa mengesan gegaran di dua tempat di Mexico City, tujuh saat selepas jaringan kemenangan dilakukan pada minit ke-35.

Ia menyifatkan keadaan itu sebagai gempa ‘tidak asli.’

Presiden Enrique Pena Nieto turut sama berparti dengan membuat kenyataan di Twitter: “Sah: Mexico bersaing dan menang ke atas pasukan terbaik dunia. Tahniah kepada @miseleccionmx! Perlawanan hebat!”


Perarakan menyambut kemenangan itu juga dilaporkan berlangsung di bandar besar termasuk Guadalajara, Toluca, Tijuana dan Ciudad Juarez.

Mexico akan menghadapi Korea Selatan dalam perlawanan kedua di Rostov-on-Dov, Russia, Sabtu depan. – AFP

Kategori