Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Muhammad V Agong...

KUALA LUMPUR - Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat...

Pesta Belon Udara Panas...

GEORGE TOWN - Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang yang menampilkan beberapa pakar...

Persimpangan Bertingkat Jimatkan Masa...

SEREMBAN - Persimpangan bertingkat Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)-Jalan Temiang, yang bakal memberi manfaat kepada...

“Terima Kasih Ibu,” Luah...

PENYANYI, Awi Rafael yang kini sedang bercuti untuk berehat, sempat berkongsi luahan hati...

Bukan Salah Dominic – Kim Swee

JAKARTA – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee enggan melabel tonggak pertahanannya, Dominic Tan sebagai punca kekalahan 0-1 Malaysia kepada Jepun pada aksi peringkat 16 pasukan terbaik, semalam.

Malaysia dikecewakan saat akhir pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga itu selepas Jepun menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti Ayase Ueda pada minit ke-88 setelah Dominic menjatuhkan penyerang lawan di dalam kotak penalti.

Kim Swee mempertahankan tindakan pemain ​​​​​Johor Darul Ta’zim 2 (JDT ll) itu dengan menyifatkan ia dilakukan bertujuan menyelamatkan keadaan, namun hanya tidak bernasib baik.

“Tidak. Saya tidak menyalahkan mana-mana pemain. Kita juga tidak boleh menyalahkan Dominic dengan keputusan sepakan penalti tersebut di mana beliau cuba menyelamatkan gawang negara dan situasi ini berlaku di dalam mana-mana perlawanan.

“Beliau (Dominic) tidak harus dipersalahkan sama sekali di mana beliau telah bermain dengan begitu baik dan konsisten sepanjang perlawanan kita di Indonesia ini,” katanya kepada Bernama, semalam.

Kekalahan itu sekali gus meranapkan impian Malaysia melakar sejarah mara ke peringkat suku akhir pada temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.


Bagaimanapun, beliau mengakui pemain berusia 21 tahun itu masih berada di dalam perancangannya bagi membentuk pasukan terbaik menjelang saingan kelayakan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, tahun hadapan.

Sebagai rekod, Malaysia mara ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan E selepas meraih dua kemenangan termasuk mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan 2-1 dalam aksi kedua kumpulan sebelum tewas 2-3 kepada Bahrain dalam perlawanan terakhir.- BERNAMA

Kategori