Buggy Untuk OKU, Ibu Hamil Saksi Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Grab selaku rakan rasmi perkhidmatan hailing Sukan SEA Kuala Lumpur akan menyediakan perkhidmatan kereta buggy bagi membawa golongan orang kurang upaya, tua dan wanita mengandung untuk ke Kuala Lumpur Sports City di Bukit Jalil.

Ketua Pemasaran Grab Malaysia, Iris Chang berkata ini bagi mengurangkan kesukaran golongan tersebut menyaksikan acara Sukan SEA kerana mereka perlu berjalan kira-kira 1.6 kilometer dari kawasan parkir terdekat dengan venue itu.

“Kami juga akan menggunakan buggy bagi membawa pelanggan kami ke venue. Kios tempahan akan disediakan di semu hab pengangkutan awam di semua venue pertandingan, di kawasan khusus mengambil dan menurunkan penonton,” katanya kepada Bernama.

Chang juga menasihati orang ramai agar memuat naik aplikasi Grab dalam telefon pintar mereka untuk mendapat tawaran dan promosi khas sepanjang tempoh Sukan SEA.

Sponsor Sukan SEA itu yang memberi tajaan melebihi RM6 juta turut menghiaskan kira-kira 20 buah kereta mereka dengan rekabentuk khas bagi mempromosi Sukan SEA Kuala Lumpur. – BERNAMA

Loading...