Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Amukan ‘Shasha Steering Lock’...

SEBUAH video memaparkan aksi amuk seorang wanita memukul kenderaan lain menggunakan besi pengunci stereng...

Perhimpunan Red26 Bukan Sebab...

TAWAU - Perhimpunan RED26 di Tawau semalam bukan didalangi parti politik atau individu...

Banjir: Pembangkang Terus Ambil...

KUALA LUMPUR - Parti-parti pembangkang memang hebat mengambil kesempatan daripada bencana banjir yang...

Anis Al Idrus Bakal...

MODEL, pelakon dan penyanyi Anis Al Idrus, 29, bakal mengumumkan tarikh pernikahannya pada...

Budaya BN Beri Perkhidmatan Terbaik, Cemerlang

KAPIT – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sememangnya menjadi budaya Barisan Nasional (BN) dalam memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada rakyat.

Beliau berkata perjuangan BN menjurus kepada kesinambungan perkhidmatan cemerlang secara berpanjangan dalam soal memajukan kawasan luar bandar, termasuk melalui bidang pendidikan.

“Kita memberi peluang pendidikan supaya anak-anak kita maju agar boleh meningkatkan kehidupan keluarga…dan satu hari nanti menjadi profesional yang membawa pembangunan ke kawasan kita,” katanya di sini hari ini.

Beliau berucap pada majlis ‘Pemimpin Bersama Rakyat’ di Rumah Panjang Emak Libau, Nanga Antaroh di Sungai Sut, kira-kira 30km dari sini.

Turut hadir, Anggota Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, serta calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus, Wilson Nyabong Igang.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata suasana politik di Sarawak yang baik dapat menjamin kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) pada 7 Mei ini.


“Suasana politik di sini adalah suasana persaudaraan sesama penduduk berlainan kaum, budaya, agama dan bangsa. Rakyat Sarawak harus bersatu hati untuk pastikan kemenangan pasukan Tok Nan (Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem),” katanya.

Penamaan calon bagi PRN-11 berlangsung hari ini.

Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM195,000 untuk membaik pulih Rumah Panjang Emak Libau yang akan memberi manfaat kepada 39 keluarga yang mendiaminya.

“Kalau orang bagi ubi saya harus bagi batas, kalau orang berbudi saya harus balas kepada penduduk rumah panjang ini. Maka adalah munasabah untuk memberi bantuan ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori