Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Miliki Beg Mewah Tiruan,...

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki rakyat Bangladesh dihukum penjara masing-masing enam bulan selepas...

Ceroboh Perairan Malaysia Punca...

KUALA TERENGGANU - Pencerobohan dilakukan bot nelayan asing dari Vietnam di perairan Malaysia...

Pencarum Tetap Minta RM10,000...

PETALING JAYA – Ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nampaknya masih tidak...

Peserta Acara Larian Mati...

CEMAS... Acara Larian Santai, Sihat, Cantik bertukar tragedi apabila dikejutkan dengan kematian seorang...

Budaya Amalan Hijau Perlu Bagi Jayakan TN50

KOTA KINABALU – Orang ramai perlu membudayakan amalan hijau ke arah menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata langkah itu membolehkan pembangunan berjalan lancar dalam alam sekitar yang terpelihara.

“Kalau tidak (membudayakan amalan hijau), lebih banyak bencana akan berlaku.

“Ini semua memerlukan kesedaran dan semangat dalam kalangan masyarakat untuk membudayakan amalan hijau. Tidak perlu ada penguatkuasaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Dialog TN50 KeTTHA di sini hari ini.

Zaini berkata amalan hijau juga menggalakkan inovasi dalam kalangan masyarakat, sekali gus membolehkan masyarakat menyumbang ke arah mencapai hasrat negara maju menjelang 2050.


Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE) di Sabah adalah sebanyak 11 peratus dan kementerian menjangka penggunaannya akan meningkat tahun ini berikutan kesedaran dalam kalangan masyarakat yang meningkat mengenai penggunaan RE. – BERNAMA

Kategori