Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sejarawan Negara Khoo Kay...

KUALA LUMPUR - Tokoh sejarawan dan ahli akademik Profesor Emeritus Tan Sri Dr....

RM114 Juta Duit UMNO...

Kuala Lumpur : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan beliau...

VIDEO: Mungkin Inilah Lelaki...

LELAKI ini sememangnya dahsyat dan pakar dalam mencampak sesuatu benda ke tempat asalnya.Lelaki...

27,435 Kes Baharu Covid-19

Putrajaya : Kes baharu Covid-19 kembali menurun di bawah 30,000 iaitu 27,435 kes...

Budak ‘Diratah’ Bapa, 3 Abang Durjana

BAPA yang sepatutnya menjadi pelindung, tergamak menjadikan anak perempuannya berusia 11 tahun sebagai tempat melepaskan nafsu.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak itu turut menjadi kerakusan nafsu tiga abang kandungnya.

Perbuatan keji itu berlaku di rumah di kawasan hutan di Keningau dan ia beberapa kali berlaku sejak awal 2017 dan yang terakhir pada 4 Ogos lalu.

Bagaimanapun, perlakuan keji bapa dan tiga abang mangsa terbongkar selepas kanak-kanak itu menceritakan kejadian kepada kakaknya yang berusia 32 tahun pada Sabtu lalu, sebelum laporan polis dibuat pada hari sama.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu.

“Berikutan laporan itu, polis menahan bapa mangsa berusia 52 tahun, pada hari sama laporan itu dibuat. Seterusnya, hasil soal siasat polis menahan dua lagi suspek yang juga abang kandung mangsa berusia 19 dan 23 tahun,” katanya.


Ramli berkata, usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan seorang lagi abang mangsa untuk membantu siasatan, manakala tiga beranak yang sudah ditahan kini direman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori