Britney Spears Tak Jadi Kahwin, Putus Dengan Charlie Ebersol

PENYANYI terkenal, Britney Spears kini sah telah putus dengan teman lelakinya, Charlie Ebersol, selepas dikatakan merancang untuk berkahwin baru-baru ini.

Pelantun kepada lagu Toxic ini putus cinta dengan Charlie selepas 8 bulan berpacaran sejak Oktober 2014 lalu dan kali terakhir mereka hadir dalam majlis umum bersama-sama adalah pada Mei lalu.

[BRITNEY SPEARS RANCANG KAHWIN DENGAN CHARLIE EBERSOL]

Penyanyi berusia 33 tahun itu juga dikatakan telah memadam kesemua gambar bekas teman lelakinya itu di laman instagram miliknya.

Sebelum ini Britney pernah berkahwin dengan Jason Alexander pada tahun 2004 dan dengan Kevin Federline  pada tahun 2004 hingga 2007.

Dia juga pernah bertunang dengan Jason Trawick pada tahun 2011 hingga 2013 dan baru-baru ini berpacaran dengan Charlie Ebersol namun turut menemui titik noktah.

Menurut sumber, bintang sensasi tersebut tidak suka bersendirian, harapnya lepas ini Britney akan temui lelaki yang benar-benar cintakan dia serta jadi bapa kepada dua orang anaknya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: US Weekly

Loading...