Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Basikal Lajak Ragut Nyawa...

PONTIAN - Dua remaja maut, manakala seorang lagi patah bahu selepas dirempuh sebuah...

Kertas Siasatan Terhadap Bekas...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelesaikan kertas siasatan berhubung kenyataan...

Shahrizal Jaszle Buat Hal,...

EH, apa kes pelakon Shahrizal Jaszle tak hadir sesi fotografi majalah Media Hiburan...

Sherry Enggan Panjang Isu...

PELAKON, Sherry Ibrahim tidak mahu memanjangkan isu mengenai tindakan perunding perkahwinan, Rekateemor yang...

BR1M Dibayar Mulai 16 Ogos Sempena Aidiladha

PUTRAJAYA – Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017, akan dibuat mulai esok (16 Ogos) bersempena sambutan Aidiladha yang dijangka pada 1 September ini.

Bagi permohonan yang lulus pada peringkat rayuan, pembayaran akan dibuat pada 29 Ogos ini.

“Kerajaan berharap pemberian BR1M dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidiladha kelak,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Menurut kementerian pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.


Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran, katanya.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada: [email protected]. – BERNAMA

Kategori