Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kampung Sahabat Tarik Perhatian...

SIAPA sangka hanya menggunakan telefon bimbit, pemuda ini dapat menghasilkan gambar cantik sehingga...

Pakar Makhluk Halus Di...

UNIK... Pengalaman dan kemahiran pakar perubatan alternatif Islam berkaitan sihir atau gangguan makhluk...

Mayat Muhammad Ikhwan Yang...

HULU SELANGOR - Mayat Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10, yang dihanyutkan air deras...

Seorang Maut, Seorang Cedera...

KUCHING - Seorang pemandu wanita maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan...

Bot Tempur TLDM Dikhuatiri Hilang Di Perairan Sabah

KUALA LUMPUR – Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikhuatiri hilang semasa cuaca buruk di perairan Pulau Mengalum, Sabah.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata bot tempur jenis CB90 itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam satu kenyataan malam tadi, beliau berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pukul 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada pukul 11.15 pagi.

Bot tempur itu ditugaskan untuk beroperasi di stesen berkenaan, katanya.


Abdul Aziz berkata operasi mencari sedang dijalankan oleh aset-aset TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), namun ia masih belum ditemui.

Tujuh orang krew yang diketuai Leftenan Azri Bakar berada di atas bot tempur itu, kata beliau.

Operasi mencari kini diteruskan mengikut prosedur sedia ada, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TLDM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori