Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Fauziah Latiff Tangguh Lagi...

SEJAK tahun lepas, penyanyi terkenal Fauziah Latiff pernah mengumumkan bakal mengakhiri zaman solo...

PAN Gagal Cabar Pelantikan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Abang Ahmad Kerdee...

Imran Bentuk Kerajaan Campuran

ISLAMABAD – Parti Imran Khan berkata, pihaknya telah memulakan rundingan dengan parti-parti kecil...

Kunjungan Najib, Zahid P.Pinang...

KOTA BHARU - Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya...

Bot Pemintas TLDM Di Semporna Terbakar, 5 Cedera Ringan

KOTA KINABALU – Lima anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cedera ringan selepas sebuah bot pemintas milik agensi itu mengalami kebakaran kecil di Jeti KD Sri Semporna semalam.

TLDM dalam kenyataannya hari ini berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang ketika anggota berkenaan menghidupkan enjin bot sebagai persediaan untuk membawa anggota ke Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah di perairan Semporna untuk pertukaran pasukan petugas.

“Anggota yang berada di jeti bertindak pantas memadam api dengan bantuan pihak bomba dalam masa 10 minit. Semua anggota yang cedera berada dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan,” jelas kenyataan itu.

Menurut TLDM siasatan awal mendapati kejadian mungkin berpunca daripada litar pintas atau kebocoran minyak di bot tersebut.

TLDM dengan bantuan pihak bomba, akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori