Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penyelia Ladang Sawit Ditemui...

IPOH - Seorang penyelia ladang ditemui mati dipercayaiakibat dibunuh, di atas sebuah kubur...

Ibu 3 Anak Didakwa...

PETALING JAYA - Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib seorang ibu tiga anak...

Visa Umrah: Saudi Wajib...

RIYADH - Hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi akhir-akhir ini menyaksikan bukan...

Konflik Fasha, Nora Sebab...

PRESIDEN Seniman, Zed Zaidi percaya persengketaan yang berlaku antara pelakon Fasha Sandha dan Nora...

Bomoh Tak Mengaku Cuba Cabul Dua Wanita

KUALA LUMPUR – Seorang bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini, atas dua pertuduhan cuba mencabul dua wanita, bulan lepas.

Rifli Misdi, 55, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berumur 59 tahun, dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa di sebuah rumah di Hulu Langat, Selangor di sini, pada 11.30 malam, 19 Februari lepas.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang wanita berumur 29 tahun yang juga menantu kepada mangsa pertama di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Rifli didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.


Pegawai pendakwa Inspektor Fauziah Hanim Abuhan menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Majistret Zulyana Zollkapli membenarkan Rifli yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 April depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori