Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Calon Gabenor Di Aceh...

BANDA ACEH – Enam pasang bakal calon gabenor dan timbalan gabenor Aceh untuk...

Bagi ‘Hint’ Mengidam, Fazura...

BAGI mereka yang mengikuti perkembangan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura pasti sudah...

Kontena Jatuh Jejambat Hempap...

PELABUHAN KLANG: Seorang pemandu lori nyaris maut selepas kenderaan dipandunya itu dihempap sebuah...

Dua Lelaki Didenda RM3,000...

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Bomba Sasar 50% Anggota Lulus Ujian Kecergasan

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan 50 peratus anggotanya lulus ujian kecergasan fizikal menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata aspek kecergasan adalah penting kerana ia akan mempengaruhi reputasi dan masa bertindak seseorang anggota, sekali gus membantu meningkatkan mutu kerja anggota pada masa akan datang.

“Tahun lepas, sebanyak 40 peratus anggota seluruh negara melepasi ujian ini dan kita menyasarkan lebih ramai lagi anggota yang lulus hingga hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 & Sijil Perkhidmatan 30 tahun peringkat negeri di sini, hari ini.

Pada tahun ini, sebanyak 14,000 anggota di seluruh negara terlibat dalam ujian itu dan mereka yang gagal melepasi ujian tersebut atau had badan melebihi seperti disarankan perlu mengikuti program khas yang bakal dilaksanakan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kesemua anggota dalam keadaan bersiap sedia pada musim pilihan raya umum (PRU) ini dan JBPM akan memastikan keadaan sentiasa terkawal sepanjang proses pengundian dijalankan.


“Anggota kita telah menjalankan pemeriksaan di kawasan terlibat dengan proses PRU seperti mana yang diberitahu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi memastikan kawasan itu berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 154 anggota bomba dari seluruh negeri masing-masing menerima Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun.

Wan Mohd Nor berkata penganugerahan ini merupakan pengiktirafan kerajaan bagi menginstitusikan kecemerlangan dan memartabatkan perkhidmatan awam ke tahap tertinggi. – BERNAMA

Kategori