Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bomoh Ditahan Buat 700...

SEORANG bomoh dari Guinea, sebuah negara di Afrika Barat, N'na Fanta Camara akhirnya...

Tiada Rancangan Pembangunan Di...

KUALA LUMPUR - FELDA tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk membangunkan tanah peneroka...

600 Penoreh Getah Kedah...

SIK - Seramai 600 penoreh getah di Kedah mendapat manfaat daripada program bantuan...

Isu Hina Institusi Raja,...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melengkapkan kertas siasatan terhadap bekas Perdana...

Bomba Beri Latihan Intensif Penghuni Pusat Tahfiz

KULIM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah akan mula memberi latihan menyelamatkan diri daripada kebakaran secara intensif kepada penghuni pusat tahfiz bermula tahun hadapan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri, Penguasa Kanan Bomba 1, Nazri Zakaria berkata, ini berikutan hasil pemeriksaan dan kajian yang mendapati masih ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika berlaku kebakaran di pusat pengajian mereka.

“Kebanyakan mereka menghuni di rumah yang diubah suai menjadi pusat tahfiz dan sudah tentu terdedah kepada risiko kebakaran, jadi dengan latihan ini, sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan diri,” katanya selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran Peringkat Zon 3 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya mendapati 80 peratus daripada 70 pusat tahfiz yang diperiksa di daerah ini gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Kita telah memberi notis agar pusat tahfiz yang berkenaan meningkatkan tahap keselamatan di tempat mereka. JPBM sendiri akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan dari masa ke semasa bagi memastikan pusat pengajian ini selamat. – BERNAMA

Kategori