Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bunuh Diri Sebab Tiada...

Pematangsiantar (Indonesia) - Seorang pemuda di sini bertindak membunuh diri selepas terlalu kecewa...

BN Negeri Sembilan Lancar...

SEREMBAN — Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan melancarkan manifestonya selepas pelancaran manifesto...

Doktor Keluarkan 15 Jarum...

GILA…seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas memasukkan 15 jarum jahitan ke dalam...

MCA, MIC Tak Mahu...

MCA dan MIC yang semalam menggesa Barisan Nasional bermesyuarat untuk membincangkan masa depan...

Bola Sepak Keutamaan Guna Stadium Bukit Jalil

KUALA LUMPUR – Bandaraya Sukan KL tetap memberi keutamaan kepada perlawanan bola sepak sama ada melibatkan pasukan kebangsaan atau pasukan Liga Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil berbanding aktiviti sukan yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Azman Fahmi Osman berkata kebiasaannya, PSM akan menempah tarikh yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan kebangsaan dan final Piala Malaysia lebih awal untuk kegunaan di Stadium Bukit Jalil.

Namun, sekiranya ada pertukaran tarikh FAM atau mana-mana persatuan sukan, pihak berkenaan perlu memaklumkan lebih awal supaya permohonan pindaan tersebut tidak bertindih dengan permohonan penganjur lain.

“Contohnya macam esok ada ‘Music Run’, mereka telah tempah lebih awal tarikh tersebut. Penganjur Music Run telah menjual tiket seawal bulan Julai.

“Setiap tahun apabila FAM memberikan jadual bola sepak dan kami (PSM) akan tempah tarikh yang diberikan itu lebih awal. Contohnya perlawanan Malaysia menentang Korea Utara, PSM telah ‘lock’ (kunci) tarikh tersebut lebih awal dan tidak menerima tempahan mana-mana aktiviti untuk tarikh itu, sama ada berlangsung atau tidak di Malaysia, kami tetap mengosongkan tarikh tersebut,” katanya.

Azman berkata demikian kepada pemberita selepas memperkenalkan Rakan Komersial Projek Bandaraya Sukan KL di Axiata Arena di sini hari ini.


Antaranya adalah Samsung (Skrin LED rasmi); Bosch (penyedia perkhidmatan rasmi), Sennheiser (rakan sistem audio dan visual rasmi), Seiko (sistem pemasaan dan pemarkahan rasmi), Dulux (Malaysia) Sdn Bhd (rakan cat rasmi) Serai Group Sdn Bhd (katerer rasmi), dan Fusionex (penyedia aplikasi mudah alih rasmi).

Tarikh asal perlawanan akhir Piala Malaysia adalah 28 Okt.

Media sebelum ini melaporkan perubahan tarikh final tersebut dibawa ke 4 Nov kerana memberikan laluan kepada persiapan skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Bagaimanapun, Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat digunakan kerana stadium berkenaan telah ditempah untuk kegunaan acara lain.
Perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Kedah akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor esok. – BERNAMA

Kategori