Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

RMK12 Kini Di Peringkat...

KUALA LUMPUR - Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kini berada di peringkat akhir penyiapan,...

Welson Raih Emas Pecahkan...

KUALA LUMPUR – Perenang sensasi Malaysia Welson Sim meraih pingat emas sulung negara...

Sekretariat Tetap Dialog Pangkor...

IPOH - Sebuah sekretariat tetap untuk Dialog Pangkor bakal ditubuhkan bagi membincangkan mengenai...

Sazali Samad Rayu Ringankan...

KUALA LUMPUR - "Beri saya peluang kedua...ringankanlah tempoh penggantungan saya," kata juara Mr...

Bola Sepak Bukan Batu Loncatan Politik – TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan semua pihak bahawa sukan bola sepak bukan batu loncatan politik kepada mana-mana pihak dalam negara.

Baginda sebaliknya bertitah, bola sepak merupakan sebuah sukan profesional maka sebarang agenda tidak profesional perlu diketepikan jika mahu lihat bola sepak negara menjadi maju.

“Bola sepak merupakan suatu projek jangka panjang dan memerlukan sifat dinamik serta komitmen yang tinggi daripada individu-individu yang terlibat. Kita perlu hentikan amalan menggunakan bolasepak sebagai batu loncatan politik dan melihatnya sebagai satu sukan profesional.

“Agenda-agenda tersembunyi dan niat yang buruk tidak membawa sebarang manfaat. Pelaburan strategik, profesionalisme dan integriti merupakan asas bagi pertumbuhan jangka masa panjang,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.


Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah, baginda mempunyai tiga objektif semasa membuat keputusan berkhidmat untuk bola sepak Johor iaitu menyatu-padukan rakyat negeri.

Titah baginda, objektif kedua adalah memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda dan mengelakkan mereka terjebak dengan gejala negatif dan ketiga membentuk sebuah persatuan bola sepak yang profesional dan berjaya.

“Kejayaan dicapai apabila seseorang itu menangguhkan kesenangan pada masa kini untuk mengusahakan matlamat jangka panjang,” titah baginda. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori