Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anifah Aman Gagal Tangguh...

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini gagal untuk...

Perlis Sambut Maulidur Rasul...

KANGAR - Perlis akan menggantikan perarakan Maulidul Rasul yang sering dilakukan sempena sambutan...

Terlibat Rasuah Vaksin Covid-19,...

BISHKEK: Menteri Kesihatan Kyrgyzstan yang mencadangkan penggunaan akar beracun bagi rawatan Covid-19 dipenjara...

100 Hari: Tumpu Perkukuhkan...

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang di bawah Barisan Nasional akan menjalinkan kerjasama dengan...

BNM Serbu 8 Premis Penukar Wang Tanpa Lesen Di KL

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu 8 premis yang menjalankan urus niaga penukaran dan pengiriman wang tanpa lesen baru-baru ini di bawah seksyen 7(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (APPW), yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 4(1) APPW.

Entiti yang terlibat ialah Anver Cahaya Enterprise, Kawzar Enterprise, Mabruk Mohaideen Enterprise, Nisha Khan Enterprise, Rifai Maju Enterprise, B First Resources, Money Me@Hotel Kita dan Nur Ekspress Enterprise.

Bank pusat itu berkata, serbuan dilakukan di beberapa premis sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur serta menyita dokumen berkaitan dan peralatan komputer untuk membantu siasatan.

Menurut BNM, mana-mana individu atau syarikat yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 4(1) APPW apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Operasi serbuan ini dijalankan dengan kerjasama polis dan Jabatan Imigresen.

“5 pendatang tanpa izin yang terlibat menjaga premis dan pelanggan entiti tersebut ditahan untuk siasatan oleh Jabatan Imigresen atas kesalahan melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” kata BNM dalam kenyataan hari ini.


Menurut bank pusat, serbuan tersebut merupakan sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan berterusan untuk melindungi orang ramai daripada kemungkinan mengalami kerugian kewangan kerana berurusan dengan entiti tanpa lesen.

“Orang ramai dinasihati agar tidak menjalankan apa-apa urus niaga penukaran atau kiriman wang dengan pengendali perniagaan perkhidmatan wang secara haram dan ejen mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori