Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPN Kelantan Sedia 15...

KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan telah menetapkan 15 pusat peperiksaan...

Tiga Exco Negeri Selangor...

Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada PAS dikhabarkan akan dipanggil...

Jadual Padat, Yana Akui...

SELEPAS mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, pelakon tinggi lampai Yana Samsudin...

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US kerana tuduhan manipulasi mata...

BN Bentang Usul Tergempar Isu Wang Ihsan

GEORGE TOWN – Barisan Nasional (BN) hari ini membentangkan usul tergempar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berhubung pembayaran wang ihsan kepada mangsa tragedi banjir yang melanda Pulau Pinang.

Ketika membentangkan usul itu, Datuk Dr Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mencadangkan agar Dewan yang bersidang hari ini serta merta meluluskan Pembayaran Ihsan Khas berjumlah RM2,000 kepada setiap isi rumah yang menjadi mangsa banjir.

Selain itu, beliau turut mencadangkan satu jumlah pampasan yang difikirkan wajar kepada sekolah, masjid, dan rumah ibadat bukan Islam dan lain-lain yang seumpamanya.

“Pembayaran pampasan khas ini perlu mengguna pakai wang daripada Tabung Hasil Disatukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Bagaimanapun usul tersebut hanya didengar tanpa dibahaskan berikutan keputusan mutlak berhubung perkara terbabit hanya akan dapat dibuat oleh kerajaan negeri.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Muhamad Farid berkata jumlah RM2,000 itu lebih memadai berbanding hanya wang bantuan RM400 yang diumumkan kerajaan negeri pada September lalu.

“Saya tidak berhasrat untuk usul itu dibahaskan. Terlalu banyak harta yang rosak dan ia membebankan rakyat yang kurang berkemampuan.Oleh itu saya berharap kerajaan negeri dapat mengambil perhatian perkara ini dan saya mohon bantuan ini dapat disegerakan, serta diberikan terus kepada mangsa banjir tanpa melalui syarat yang berunsur politik,” katanya.


Muhamad Farid turut meminta agar bantuan tersebut disalurkan terus kepada mangsa banjir tanpa perlu mengisi borang Ahli Pakatan Harapan.

“Saya difahamkan untuk mendapat bantuan perlu mengisi borang ahli Pakatan Harapan terlebih dahulu. Jadi di sini saya minta tidak perlulah mengisi borang tersebut dan terus sahaja memberi bantuan kepada mangsa banjir terlibat,” katanya.

Persidangan DUN kemudian ditangguhkan sehingga 8 Nov ini bagi memberi laluan kepada lawatan rasmi Putera Charles, the Prince of Wales dan Camilla, the Duchess of Cornwall, ke Pulau Pinang esok. – BERNAMA

Kategori