Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

3,212,873 Sudah Terima Vaksin...

KUALA LUMPUR - Seramai 3,212,873 individu sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama...

Kanak-kanak Dipercayai Mengidap Penyakit...

MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dimasukkan ke Hospital Melaka pada Rabu lepas...

Angkasawan Jepun Minta Maaf...

ANGKASAWAN Jepun, Norishige Kanai, yang dalam misi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)...

Kelab Pemadam Mahasiswa Diperluas...

SEREMBAN - Kelab Pemadam Mahasiswa yang kini ditubuhkan di 14 Institut Pengajian Tinggi...

Blood Sport: Derma Darah Setiap Kali Anda Tewas Dalam Permainan

Sering kali dalam permainan video apabila anda kehabisan nyawa (darah), anda akan memulakan permainan semula tanpa berlengah.

Tetapi bagaimana sekiranya anda turut kehilangan darah dalam dunia nyata setiap kali anda tewas atau kalah dalam sesuatu permainan?

Perkara tersebut ingin direalisasikan oleh sekumpulan pembangun melalui projek yang dinamakan sebagai Blood Sport.

Melaluinya, pemain akan dihubungkan dengan jarum dan darah akan ditarik daripada lengan setiap kali anda tewas.

Idea ini mungkin agak ekstrim buat beberapa pihak, dan ia turut digantung sementara oleh pihak KickStarter buat masa ini.

Bagi pembangunnya, idea disebaliknya bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya mengimplementasikan ia untuk tujuan meramaikan lagi orang derma darah, sambil pada masa yang sama memainkan permainan kegemaran.


Perkara ini juga sekaligus akan menarik lebih ramai anak muda menderma darah untuk pihak hospital.

Sumber: CNBC

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori