Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fattah Amin Nafi Tinggalkan...

RAMAI yang tertanya-tanya mengenai punca perpisahan antara pasangan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim...

Taufik Batisah Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan buat pelantun lagu Awak Kat Mana, Taufik Batisah yang telah selamat...

Ular Sawa Jantan ‘Bertarung’...

JIKA semalam kecoh seorang penduduk di di Gold Coast, Australia, ternampak beberapa ekor...

Anggota Polis Kelantan Mencukupi...

PASIR PUTEH - Polis Kelantan tidak memerlukan bantuan anggota tambahan dari negeri lain...

Bilangan Aduan SST Sangat Rendah Berbanding GST

BUTTERWORTH – Bilangan aduan mengenai pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah sangat rendah berbanding ketika sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromaniam.

Beliau berkata pemantauan jabatan kastam juga mendapati selepas 18 hari pelaksanaan, SST berjalan lancar walaupun terdapat beberapa isu.

“Masa hari pertama sistem percukaian GST kami terima beribu aduan… sistem percukaian GST panas berbanding SST sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Operasi Patroli Terkoordinasi (Patkor Kastima) 24A/2018, di sini hari ini.

Beliau berkata peniaga dan pembeli boleh menghubungi jabatan kastam untuk membuat aduan dan pihak kastam bersedia membantu terutama dalam memberi penerangan kepada peniaga serta syarikat di seluruh negara untuk memahami SST.

Subromaniam berkata pihaknya turut mengeluarkan senarai pegawai pakar SST di ibu pejabat dan Ketua SST negeri yang boleh dihubungi di laman web jabatan itu bagi membantu peniaga memahami prosedur pelaksanaan SST serta menjawab sebarang pertanyaan berkaitan sistem cukai tersebut.

Peniaga juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Kastam di talian 1300 888 500 atau menghantar e-mel ke [email protected]. Selain itu, pertanyaan juga boleh dibuat ke talian Helpdesk SST 03-83237499/7522 atau SST Crisis Centre di talian 03-8882 2289/2303/2492/2617.


Mengulas perkembangan lain, Subromaniam berkata pihaknya menunggu hasil siasatan polis bagi mengenal pasti arak yang sehingga kini menyebabkan 19 kematian di Kuala Lumpur dan Selangor, diimport atau dihasilkan secara haram.

“Pihak kastam akan membuat kenyataan berhubung kes itu selepas siasatan pihak polis selesai kerana kami perlu tahu punca kematian dan dari mana mereka mendapatkan arak itu… adakah ia (arak) dibawa masuk dari luar negara secara seludup atau sebaliknya,” katanya.

Polis dalam kenyataan semalam, berkata 19 lelaki maut dan 33 lagi dimasukkan ke beberapa hospital di Kuala Lumpur dan Selangor sejak Selasa, dipercayai akibat keracunan arak. – BERNAMA

Kategori