Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Berang Dirakam, Pegawai...

VIDEO seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak merampas dan mencampak...

Khairy Ucap Takziah Atas...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan kesedihannya sebaik mendapat perkhabaran berita kematian...

Bront Kini Popular Jadi...

JIKA sebut sahaja nama Bront Palarae, sudah pasti terngiang-ngiang bagaimana 'meriahnya' suara dia...

Tangani Segera Keluhan Penghantar...

KUALA LUMPUR : Ikatan Komuniti Selamat mahu pihak berkuasa menangani segera isu yang...

Bidang Pendidikan Diberi Peruntukan Besar – MB Perak

TAPAH – Kerajaan negeri Perak akan menyediakan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya akan mengumumkan jumlah peruntukan itu pada pembentangan Bajet 2018 kerajaan negeri tidak lama lagi.

“Sudah tentu sektor pendidikan akan menjadi perhatian yang khusus dalam bajet tahun depan kerana saya fikir ia (peruntukan pendidikan) amat penting untuk anak-anak mendapat akses dalam bidang pendidikan dengan sempurna

“Peruntukan dalam bidang pendidikan juga merupakan satu pelaburan yang penting bagi kerajaan negeri kerana apabila mereka sudah berjaya, ia akan membantu memajukan negeri ini sekali gus impian untuk menjadikan Perak sebagai nombor satu dalam bidang pendidikan akan menjadi kenyataan satu hari nanti,” katanya.

Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chenderiang bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Student Exam Kit 2018 di Sekolah Menengah Sains Tapah di sini hari ini.

Seramai 1,524 pelajar di DUN Chenderiang yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah, PT3, dan Sijil Pelajaran Malaysia menerima sumbangan berupa alat tulis peperiksaan sumbangan Yayasan Perak.


Mengulas mengenai sumbangan berkenaan, Ahmad Faizal berkata ia dilakukan setiap tahun bagi memberi semangat kepada pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang dihadapi.

“Walaupun ia bukanlah satu bantuan yang besar tetapi ia lebih kepada memberi semangat untuk anak-anak menghadapi peperiksaan dan usaha sebegini perlu diteruskan” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori